Cari @ Amanz

Setelah pelbagai gambar tertiris sebelum ini, hari ini pihak LG Mobile secara rasminya memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka – LG G2.

LG G2

LG G2

LG G2 menyertakan dwi-butang pada bahagian belakang, sekaligus membawakan kaedah interaksi bersama peranti yang serba baru berbanding peranti sedia ada hari ini. Perkara ini juga membuatkan tiada butang pada bahagian tepi peranti. Menggunakan butang pada bahagian belakang, pengguna boleh mengawal volume, merakamkan gambar, dan juga menggunakannya untuk akses pantas ke aplikasi QuickMemo.

LG mengatakan dengan butang pada bahagian tepi membuatkan pengguna untuk sukar menggunakannya dengan sebelah tangan, sekaligus menjadikan ia sering membuatkan peranti terjatuh dari tangan. Butang di bahagian belakang juga menjadikan ia mesra untuk mereka yang biasa menggunakan tangan kanan ataupun kiri.

LG G2

LG G2

LG G2

Dengan membawakan rekabentuk baru yang meletakkan butang pada bahagian belakang, ia membawakan tradisi baru untuk telefon pintar berbanding pelbagai peranti sedia ada di pasaran hari ini. Butang bahagian belakang ini juga adalah satu-satunya butang fizikal pada peranti LG G2 ini.

LG G2 membawakan skrin bersaiz 5.2-inci – dikatakan oleh LG sebagai saiz yang amat baik ditangan pengguna. LG G2 juga didatangkan bersama-sama cip pemprosesan 2.26GHz Snapdragon 800, membawakan sokongan penjimatan bateri dan juga rangkaian 4G LTE bersama-sama dengannya. Peranti ini turut dilengkapi dengan kamera belakang 13-megapixel dengan sokongan penstabilan imej optikal, selain turut menyertakan memori sebanyak 2GB RAM. Dari segi bateri pula, ia menyertakan bateri berkapasiti 3000mAh bersama-sama dengannya.

LG G2

LG G2

LG G2

LG G2 dikatakan menyertakan GRAM, yang mana membawakan penjimatan tenaga penggunaan bateri, sekaligus membolehkan pengguna menggunakan peranti dengan masa yang lebih lama. LG turut mengatakan G2 turut sama membawakan paparan skrin yang lebih baik berbanding yang lain.

Untuk kamera pula, pihak LG mengatakan LG G2 membawakan buat pertama kalinya sokongan OIS untuk kamera 13-megapixel. Selain itu, ia turut dikatakan membawakan rakaman gambar yang baik, walaupun pada keadaan cahaya rendah.

Selain skrin dan juga kamera, pihak LG juga turut memfokuskan kepada bahagian bunyi melalui peranti LG G2 mereka. Untuk menjayakannya, pihak LG menyertakan sokongan HiFi, menawarkan kualiti audio yang amat baik.

LG G2

LG G2

Beberapa sokongan yang turut dibawakan oleh pihak LG melalui G2 adalah sokongan KnockOn – mengaktifkan skrin peranti dengan tap dua kali pada skrin, kebolehan menjawab panggilan tanpa menekan sebarang butang, fungsi Guest Mode untuk membolehkan rakan-rakan menggunakannya tanpa melihat beberapa info peribadi.

Apabila pengguna memasukkan headset, ia akan mengaktifkan sokongan Plug and Pop, memberikan akses pantas kepada aplikasi berbentuk multimedia. Selain itu, salah satu fungsi menarik yang turut disertakan adalah Text Link, dimana terus melalui SMS, ia membolehkan pengurusan data dengan lebih baik dan pantas, tidak lagi memerlukan pengguna untuk menyalin-dan-tampal data dan info seperti sebelumnya.

LG G2

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berkenaan harga jualan LG G2 dan bilakah ia akan dijual di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd