Cari @ Amanz

Beberapa minggu yang lepas, kami telah melaporkan mengenai perkhidmatan permesejan HyppMe daripada pihak Telekom Malaysia yang dalam peringkat ujian dalaman. Kini, nampaknya pihak TM telah pun mengeluarkan kemaskini untuk aplikasi berkenaan, sekaligus membuka aksesnya kepada umum.

HyppMe menawarkan sokongan yang menyerupai kebanyakkan aplikasi permesejan yang terdapat di pasaran pada hari ini. Untuk menggunakannya, pengguna akan diperlukan mendaftar menggunakan nombor telefon, dan sebuah SMS khas dengan angka kod akan dihantar untuk tujuan pengaktifan.

Sebaik sahaja selesai diaktifkan, pengguna boleh melihat rakan-rakan mereka yang sedia menggunakan HyppMe, dan bersembang dengan mereka menggunakannya secara percuma.

TM HyppMe! Beta

Melalui HyppMe, selain menghantar mesej berbentuk teks sahaja, ia juga turut hadir dengan beberapa pilihan sticker, sekaligus memudahkan pengguna menghantar sesuatu ekspresi.

Pengguna juga turut boleh menggunakan sokongan panggilan suara, dan membuat panggilan diantara pengguna HyppMe secara percuma.

Daripada halaman tetapan untuk aplikasi berkenaan, ia memaparkan mesej dimana perkhidmatan permesejan ia akan kekal percuma, manakala untuk perkhidmatan tambahan, ia akan dikenakan caj selepas penggunaan percuma selama tiga bulan. Kami tidak begitu pasti berkenaan dengan perkhidmatan tambahan ini, dan akan menambah info lanjut mengenainya sebaik sahaja mendapat maklumbalas berkenaan dengannya.

Bagi para pengguna peranti Android dan juga iOS, anda boleh memuat-turun ia secara percuma, dan menggunakannya hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd