Cari @ Amanz

Kemaskini GDR2 telah pun mula diperkenalkan secara berperingkat, dan kini beberapa ura-ura awal berkenaan kemaskini berikutnya telah mula kedengaran. Kini, ia dikatakan salah satu perkara yang akan disertakan melalui GDR3 adalah pusat notifikasi.

Boleh dikatakan ramai pengguna Windows Phone 8 yang inginkan pusat notifikasi pada peranti mereka, sekaligus memudahkan mereka mengikuti kemaskini daripada pelbagai aplikasi dengan mudah.

Selain daripada sokongan pusat notifikasi, antara perkara lain yang turut dijangka akan hadir pada GDR3 adalah termasuk sokongan untuk paparan HD penuh, cip pemprosesan empat-teras dan beberapa perkara yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd