Cari @ Amanz

Box NotesBox yang sehingga kini lebih kepada memfokuskan storan awan, nampaknya melangkah setapak lagi ke hadapan, dan hari ini mengumumkan sokongan terbaru untuk perkhidmatan mereka, dinamakan sebagai Box Notes.

Box Notes buat masa ini kelihatan masih lagi pada peringkat beta tertutup. Daripada apa yang diperlihatkan melalui sebuah video ringkas mereka, Box Notes membawakan sokongan penyuntingan dokumen pantas melalui pelayar web dan aplikasi mereka, dimana ia turut menyertakan sokongan kolaborasi bersama satu sama lain.

Ia tidak diketahui lagi bilakah fungsi ini akan diperkenalkan kepada umum. Namun, bagi mereka yang berminat, boleh mendaftarkan minat untuk BoxNotes, dan anda akan menerima emel jemputan sebaik sahaja ia tersedia untuk diuji.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd