Cari @ Amanz

Pada tahun ini, salah satu perkara yang menjadi persaingan utama pada tahun ini adalah dikalangan penyedia perkhidmatan aplikasi permesejan. Selain daripada LINE, WeChat dan sebagainya, Samsung turut sama tidak ketinggalan dengan aplikasi permesejan mereka tersendiri dinamakan ChatON.

Hari ini, gergasi teknologi dari Korea Selatan tersebut mengumumkan yang mana angka pengguna untuk aplikasi ChatON telah pun melangkaui 100 juta orang.

Walaupun aplikasi ChatOn didatangkan terbina pada peranti Samsung sejak sebelum ini, pihak Samsung sendiri dilihat mula memfokuskan promosinya pada tahun ini, termasuk memulakan beberapa kempen pemasaran di Malaysia baru-baru ini.

Seperti kebanyakkan perkhidmatan, ChatON ditawarkan secara percuma untuk peranti Android, iOS, BlackBerry, Windows Phone serta hadir pada komputer daripada Samsung.

Jikalau dibandingkan dengan WhatsApp, WeChat dan juga LINE, ia boleh dikatakan ChatON masih jauh lagi untuk mengejar angka pengguna. Namun, dengan kuasa pemasaran Samsung, ia tidak mustahil untuk mereka menambah lebih ramai pengguna dalam masa terdekat.

Jadi, adakah diantara anda yang menggunakan ChatON untuk urusan permesejan?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd