Carian
Google Menambah Galapagos Island Ke Senarai Street View
September 13, 2013 Aman

Galapagos IslandDalam usaha membawakan pelbagai lokasi menarik terus ke Street View, kini Google turut sama menambah Galapagos Island pada senarai mereka, membolehkan pengguna seluruh dunia melawatnya terus melalui pelayar web.

Galapagos Island terletak di Ecuador, dimana menariknya mengenai pulau ini adalah dimana ia mempunyai pelbagai kehidupan unik, selain mana turut menjadi pilihan Charles Darwin untuk mempelajari lebih berkenaan dengan pulau ini.

Untuk menambah pemandangan Galapagos Island ini ke StreetView, pihak Google telah menggunakan Trekker, disamping mana turut meliputi kawasan dalam laut disekitar pulau ini.

Bagi anda yang berminat, boleh melawat pulau ini terus daripada pelayar web anda hari ini.

Komen