Cari @ Amanz

Dengan Windows 8.1 yang hampir kepada pelancaran, kini pihak Microsoft telah pun mengeluarkan versi baru Internet Explorer 11 untuk para pengguna Windows 7.

Untuk makluman, ia masih lagi belum mencapai versi stabil sepenuhnya, tetapi pengguna boleh menggunakannya dalam melayari laman web kegemaran mereka.

IE11 Release Preview ini membawakan sokongan piawaian web yang lebih baik, kemaskini kepada Web Console, prestasi yang lebih pantas, termasuk beberapa kemaskini yang lain.

Bagi pengguna Windows 7 yang berminat, anda boleh memuat-turun dan menggunakan Internet Explorer 11 Release Preview ini sementara menantikan versi akhir dilancarkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd