Cari @ Amanz

Sementara menantikan pihak Apple mengumumkan tawaran telefon pintar mereka secara rasmi, beberapa penjual tempatan telah pun mula membawa masuk peranti iPhone 5S dan juga iPhone 5C, sekaligus membolehkan para pengguna tempatan mendapatkannya dan menggunakannya terlebih dahulu.

Namun, memandangkan tiada sebarang harga rasmi, maka ia sering dijual dengan harga yang lebih tinggi berbanding set rasmi.

Kini, selain daripada pihak Groupon Malaysia, ia kelihatan pihak Lazada Malaysia turut sama menyenaraikan telefon pintar iPhone terbaru – iPhone 5S dan juga iPhone 5C.

Lazada - iPhone 5S

Sementara harga iPhone 5C adalah sama dengan apa yang ditawarkan Groupon Malaysia, harga iPhone 5S pula disenaraikan pada harga bermula RM3200, dan set berwarna emas dijual pada harga mencecah lebih RM4000.

Seperti biasa, ia merupakan harga tidak rasmi, dan harga rasmi Apple untuk pasaran Malaysia kelak dijangka lebih murah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd