Cari @ Amanz

Agak mengejutkan hari ini, apabila pihak Nokia mengumumkan langkah seterusnya dalam perniagaan mereka, dimana Microsoft akan mengambil-alih dan membeli perniagaan peranti dan perkhidmatan Nokia. Selain daripada itu, pihak Microsoft juga akan melesenkan paten dan hak cipta Nokia dan juga perkhidmatan pemetaan mereka.

Untuk tujuan pengambil-alihan perniagaan peranti dan perkhidmatan Nokia, Microsoft bakal membayar sebanyak EUR 3.79 bilion, sementara membayar sehingga EUR 1.65 bilion untuk tujuan pelesenan. Gabungan kedua-dua ini akan memperlihatkan nilai transaksi sehingga EUR 5.44 billion (~RM23.76) berlaku dalam bentuk tunai.

Bersama-sama dengan ini, ia dijangka Stephen Elop akan menyertai Microsoft bersama-sama beberapa pekerja yang lain dari Nokia.

Seperti umum sedia maklum, pihak Nokia sedia memfokuskan kepada Windows Phone, dan ura-ura berkaitan pengambil-alihan Microsoft telah dikatakan beberapa kali. Semestinya, kini dibawah Microsoft, kita turut sama akan melihat pelbagai peranti lain berasaskan system operasi dari Microsoft hadir, termasuk tablet Windows RT dan juga Windows 8.

Bersama-sama dengan ini, jenama Nokia Asha juga akan menjadi milik Microsoft, dan tidak diketahui sama ada mereka akan terus menyambungnya ataupun tidak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd