Cari @ Amanz

Opera CoastOpera sebelum ini telah memperkenalkan pelayar web versi baru untuk desktop, dimana berasaskan kepada enjin Chromium. Kini, mereka yang sedia terkenal dikalangan pengguna peranti mudah-alih, turut sama memperkenalkan projek baru, dinamakan Opera Coast.

Opera Coast merupakan salah satu pelayar web untuk iPad, dimana ia dioptimasikan untuk tablet, disamping membawakan beberapa pembaharuan melaluinya.

Coast tidak menyertakan antaramuka yang tidak berguna untuk pelayar web, dimana ia hanya memperlihatkan beberapa butang kawalan pada bahagian bawah, sekaligus menawarkan pengalaman penggunaan dan pelayaran web pada skrin penuh. Kebanyakkan kawalan dilakukan melalui gesture termasuk untuk kembali ke halaman sebelumnya – pengguna swipe ke kanan.

Bagi pengguna iPad yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Opera Coast hari ini, dan mencubanya sendiri untuk tujuan pelayaran web pada tablet anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd