Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan pengenalan Galaxy Note 3, salah satu pembaharuan yang disertakan oleh Samsung pada phablet mereka adalah pengenalan port pengecasan berasaskan kepada mikro-USB 3.0.

Pengenalan port berasaskan mikro USB 3.0 bukanlah sesuatu yang baru, dimana kebanyakkan cakera keras luaran telah pun sedia menggunakan sokongan tersebut. Namun, pada peranti mudah-alih seperti pada Galaxy Note 3.0 adalah suatu perkara baru.

Antara kelebihan yang dibawakan melalui kabel mikro USB 3.0 adalah kebolehan mengecas peranti dengan lebih pantas sekiranya dihubungkan ke komputer atau laptop. Ia dikatakan akan menyokong pengecasan sehingga 900mA berbanding hanya 500mA menggunakan kabel sedia ada. Namun, apabila menggunakan pengecasan terus melalui AC, maka tiada sebarang perubahan berbanding sebelumnya.

Galaxy Note 3

Disamping itu, melalui penggunaan kabel mikro-USB 3.0 juga, salah satu perkara yang disertakan adalah kebolehan memindahkan fail dari peranti ke komputer dan sebaliknya dengan lebih pantas.

Walaubagaimanapun, bagi pengguna kabel sedia ada, anda tidak perlu risau, kerana ia masih disokong pada port mikro-USB 3.0, namun seperti sedia ada, tiada sebarang perubahan akan dirasai apabila menggunakan kabel USB 2.0.

Namun, salah satu perkara yang mungkin tidak disukai ramai adalah mungkin kerana untuk memasang kabel tersebut pada telefon pintar anda, sedikit masalah akan dihadapi ketika awal penggunaan, dan mungkin akan disesuaikan pada kemudian hari.

Buat masa ini, hanya Galaxy Note 3 sahaja yang menggunakannya. Namun, tidak mustahil untuk kita melihat lebih banyak peranti lain menggunakannya pada masa akan datang.

Jadi, apa kata anda berkenaan sokongan kabel mikro-USB 3.0 ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd