Cari @ Amanz

Sony sedia memaklumkan yang mana PlayStation 4 akan dilancarkan di Malaysia pada penghujung tahun ini, dan kini ia dilihat salah satu pengedar tempatan, Gamer’s Hideout telah pun membuka pra-tempahan untuk konsol permainan berkenaan.

PlayStation 4 Asia

Melalui apa yang dikongsikan oleh Gamer’s Hideout melalui laman Facebook mereka, konsol versi Malaysia dan juga Singapura sedia untuk ditempah melalui mereka. Harga jualannya dijangka dibawah RM1699 – yang mana mungkin hampir kepada harga rasminya kelak.

Konsol PlayStation 4 ini dijangka akan ditawarkan di Malaysia bermula bulan Disember 2013 kelak.

Jadi, adakah anda akan mendapatkannya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd