Cari @ Amanz

Google ChromeWindows XP merupakan salah satu sistem operasi yang masih aktif digunakan ramai, walaupun telah diperkenalkan sedekad yang lalu. Seperti semua sedia maklum, pihak Microsoft sedia menyatakan yang mana sokongan rasmi untuknya akan ditamatkan pada bulan April 2014 kelak.

Walaubagaimanapun, ia dilihat yang mana dalam usaha untuk memastikan semua pengguna Windows XP masih kekal mendapatkan kemaskini sekuriti dan sebagainya, pihak Google hari ini mengumumkan mereka akan menyokong Chrome untuk XP sehingga April 2015 kelak.

Pengumuman ini memperlihatkan Google akan menyokong kemaskini Chrome untuk Windows XP sehingga April 2015 – setahun selepas sokongan rasmi daripada Microsoft ditamatkan.

Usaha ini adalah disebabkan oleh kebanyakkan organisasi masih bergantung kepada WIndows XP, dan ia akan membolehkan mereka terus mendapat kemaskini sekuriti untuk pelayar web dan mengurangkan risiko mereka diserang oleh malware dan juga serangan berbentuk phishing.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd