Cari @ Amanz

Nampaknya, pada tahun ini pihak Apple bergerak pantas dalam menawarkan peranti mereka ke pasaran seluruh dunia. Selepas mula menawarkannya di beberapa buah negara sebelum ini, kini nampaknya telefon pintar iPhone 5S dan juga iPhone 5C akan ditawarkan di pasaran Malaysia bermula awal November ini.

Seperti biasa, harga untuknya tidak diumumkan buat masa ini, dan dijangka akan ditawarkan melalui pakej telekomunikasi, serta berkemungkinan melalui Apple Store Malaysia. Mungkin maklumat lanjut berkenaan dengannya akan diketahui melalui syarikat telekomunikasi menjelang tarikh berkenaan.

Apple iPhone 5S

iPhone 5S merupakan telefon pintar dengan beberapa ciri-ciri menarik daripada Apple, dimana ia menyertakan sokongan TouchID, dilengkapi cip pemprosesan 64-bit, serta membawakan sokongan kamera lebih baik.

iPhone 5C

iPhone 5C pula hadir dalam beberapa pilihan warna menarik, dan boleh dikatakan membawakan spesifikasi seumpama iPhone 5.

Kedua-duanya dilengkapi dengan iOS 7, dan sokongan LTE dikatakan akan bergantung kepada syarikat telekomunikasi.

Jadi, adakah anda akan beratur untuk mendapatkannya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd