Cari @ Amanz

Aktiviti pemantauan pelayaran web hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini, dan kini dilihat pihak Mozilla hadir dengan sebuah pemalam khas untuk Firefox, dinamakan sebagai Lightbeam.

Mozilla Lightbeam

Menggunakan Lightbeam, pengguna boleh melihat pelbagai data berkenaan pelayaran mereka, termasuk sambungan yang dilakukan dengan mudah, dan melihat sebarang aplikasi yang memantau anda.

Mozilla Lightbeam juga dilihat memudahkan anda untuk melihat sama ada sesuatu perkara itu hanya sekadar pengiklanan, pautan sosial, ataupun benar-benar memantau dan berkongsi data anda.

Untuk menggunakanya, pengguna hanya perlu memasang Mozilla Lightbeam pada pelayar web Firefox, dan boleh melihat senarai data yang diperlihatkan dengan klik pada butang Lightbeam pada bahagian penjuru bawah kanan pelayar web Firefox.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd