Cari @ Amanz

Nokia Music masih belum dilancarkan secara rasmi kepada pengguna tempatan. Namun, pengguna boleh memasangnya dengan mengubah lokasi mereka, serta menggunakannya. Menariknya, kini ia dilihat yang mana sokongan Mix Radio boleh turut sama diakses pengguna melaluinya.

Walaupun masih tidak rasmi buat masa ini, namun, pelbagai pilihan lagu telah tersedia, membolehkan pengguna mendengar melalui Mix Radio secara percuma. Sebelum ini sokongan Mix Radio tidak terdapat pada Nokia Music, dan mungkin ini merupakan antara petanda yang mana Nokia Music akan dilancarkan untuk pengguna Malaysia tidak lama lagi.

Bagi yang tidak mengenali MixRadio, ia merupakan salah satu perkhidmatan penstriman muzik percuma daripada Nokia, yang hadir tanpa sebarang kos langganan ataupun memaparkan sebarang iklan melaluinya. Pengguna juga turut boleh menyimpan sesuatu lagu untuk mendengar secara offline melalui perkhidmatan Mix Radio ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ia akan dilancarkan secara rasmi untuk pengguna tempatan. Negara terdekat yang menerima Mix Radio melalui Nokia Music adalah Indonesia, pada penghujung Ogos 2013 yang lepas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd