Carian
Platform Penulisan Blog “Ghost” Dilancarkan Kepada Umum
October 14, 2013 Aman

Dengan pelbagai perubahan yang hadir pada platform blog akhir-akhir ini, salah satu projek baru telah dimulakan melalui KickStarter sebelum ini, dinamakan sebagai Ghost. Kini, selepas ia ditawarkan kepada penyumbang selama beberapa minggu, hari ini ia turut sama ditawarkan kepada umum secara percuma.

Ghost membawakan platform yang memfokuskan kepada penulisan sepenuhnya, dimana ia menyertakan rekabentuk yang amat kemas dan mudah digunakan. Paparan dashboard untuk Ghost juga memperlihatkan pelbagai data yang berguna untuk sesuatu blog, sekaligus membolehkan pemilik dan penulis memantau perkembangan laman mereka melaluinya.

Panel penulisannya juga memperlihatkan bagaimanakah sesuatu artikel akan kelihatan dalam bentuk masa-nyata, dan menyokong markdown melaluinya.

Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, boleh mendaftarkan diri di laman rasmi Ghost, dan memuat-turun dan memasangnya pada komputer atau pelayan web anda hari ini.

Komen