Cari @ Amanz

Sony Malaysia telah pun mula menawarkan lensa-kamera Cyber-shot QX100 mereka untuk pasaran tempatan bermula daripada hari ini, dan dijual pada harga RM1499. Buat masa ini, ia dijual hanya terhad di Sony Store KLCC dan juga The Curve sahaja.

Untuk makluman, lensa-kamera ini membolehkan pengguna menghubungkan ia kepada telefon pintar, dan menggunakannya dalam merakamkan gambar yang berkualiti tinggi. Salinan gambar juga disimpan pada lensa-kamera tersebut (mengikut tetapan yang dilakukan pengguna).

Lensa-kamera QX100 membawakan sensori 20.2-megapixel Exmor R CMOS, lensa F1.8 Carl Zeiss Vario Sonnar dengan zoom 3.6x, pemproses imej BIONZ, sokongan NFC dan juga WiFi.

Harga jualan untuk QX10 tidak diketahui lagi dan dilabelkan akan datang oleh pihak Sony Malaysia buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd