Cari @ Amanz

Beberapa bulan yang lepas, pihak Telekom Malaysia telah mengumumkan yang mana pendaftaran akaun TM baru tidak akan didatangkan dengan perkhidmatan emel. Dan hari ini, pihak TM turut berkongsi mengatakan mereka akan menamatkan perkhidmatan emel mereka.

Akaun emel sedia ada boleh digunakan sehingga 15 November 2013, dan selepas itu, ia akan ditamatkan sepenuhnya.

Perkara ini sekaligus akan memberikan pengguna yang menggunakan alamat emel dengan akhiran @streamyx.com, @tm.net.my, @hsbb.com.my, @bluehyppo.com dan juga @unifi.com.

Pihak TM meminta para pengguna akaun emel Telekom Malaysia sedia ada untuk membuat salinan emel dan data mereka. Pelanggan perkhidmatan TM juga diminta untuk mengemaskini emel mereka dengan hadir ke TMpoint terdekat, ataupun membuat panggilan ke nombor TM – 1300881221.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd