Cari @ Amanz

Twitter MusicTwitter hari ini secara rasminya memfailkan untuk IPO (Initial Public Offering), sekaligus berkongsi beberapa laporan berkenaan dengan syarikat mereka, termasuk berkenaan dengan statisitik dan pendapatan syarikat mereka.

Mengikut apa yang diterbitkan, Twitter kini mempunyai lebih daripada 215 juta pengguna aktif setiap bulan, dan 75% daripadanya mengakses perkhidmatan tersebut melalui peranti mudah-alih.

Dari segi pendapatan pula, Twitter mengatakan mereka mendapat 65% daripada pendapatan melalui pengiklanan pada versi mudah-alih, yang mana memperlihatkan mereka akan lebih memfokuskan kepada platform mudah-alih mereka.

Dengan pemfailan IPO ini, mereka menjangka untuk mengumpul $1 bilion, sekaligus akan memberikan mereka akses kepada lebih banyak perkara dari segi kewangan. Twitter dijangka akan menggunakan ticker TWTR untuk syarikat mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd