Cari @ Amanz

Selepas memperkenalkan permainan perlumbaan kereta Asphalt 8 : Airborne beberapa bulan yang lepas, hari ini Gameloft mengemaskini aplikasi permainan mereka tersebut, dan kini menawarkannya secara percuma.

Permainan perlumbaan kereta ini sebelum ini ditawarkan pada harga $0.99, dan telah ditawarkan secara percuma untuk beberapa kali bagi tempoh yang terhad sebelum ini.

Bagi yang tidak pernah memainkan permainan ini, kini boleh memuat-turunnya dan memainkan perlumbaan di lebih 9 pilihan kawasan berbeza, termasuk lebih 180 acara perlumbaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd