Cari @ Amanz

Dropbox hari ini telah mengemaskini aplikasi mereka untuk iPhone dan juga iPad, sekaligus menyertakan rekabentuk selari dengan iOS 7 yang dinantikan ramai selama ini.

Dropbox iOS7

Selain daripada rekabentuk baru yang hadir pada aplikasi berkenaan, Dropbox juga dilihat menambah beberapa fungsi baru dimana salah satunya adalah sokongan AirDrop yang membolehkan pengguna menghantar pautan dan fail dengan pantas kepada pengguna iOS yang lain.

Kemaskini untuk iPad juga hadir membawakan pengalaman penggunaan yang lebih menarik. Secara keseluruhan, Dropbox untuk iOS 7 dilihat lebih pantas, termasuk dalam membuka gambar mahupun memainkan video menggunakannya.

Bagi mereka yang telah menaik-taraf ke iOS 7, anda boleh memuat-turun aplikasi Dropbox ini dari Apple AppStore hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd