Cari @ Amanz

Jolicloud-syncJolicloud mula dikenali ramai dengan tawaran JoliOS mereka yang memfokuskan kepada pengguna netbook beberapa tahun yang lepas. Kini, dengan fokus Jolicloud yang mula beralih kepada perkhidmatan akses storan web setempat, ia dilihat JoliOS tidak lagi akan disambung oleh mereka.

Bermula Disember 2013 ini, kemaskini untuk Jolicloud OS yang berasaskan kepada Ubuntu 10.04 akan ditamatkan, termasuk Jolicloud Desktop Environment yang ditawarkan untuk Ubuntu 12.04.

Dengan penghentian sokongan untuknya, pasukan pembangun Jolicloud akan memfokuskan sepenuhnya kepada perkhidmatan web mereka, disamping penawaran aplikasi mudah-alih.

Walaubagaimanapun, pengguna sedia ada masih boleh kekal menggunakannya, disamping kod sumber projek berkenaan boleh didapati daripada laman JoliOS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd