Cari @ Amanz

Android 4.3 Jelly BeanHari ini, pihak Samsung telah pun mula memperkenalkan kemaskini Android 4.3 Jelly Bean untuk para pengguna Samsung Galaxy S4 (GT i9500), dimana melaluinya ia membawakan beberapa fungsi baru, termasuk salah satunya adalah sokongan kepada jam tangan pintar Samsung – Galaxy Gear.

Selain daripada itu, Android 4.3 juga membawakan sokongan TRIM (menjadikan peranti lebih pantas), papan kekunci yang dikemaskini, sokongan OpenGL 3.0, Samsung Knox, kemaskini bahagian kamera, dan beberapa fungsi baru yang lain.

Bagi pengguna Galaxy S4, anda boleh ke halaman Settings, dan memilih More > About Device > Software Update untuk memulakan proses kemaskini ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd