Cari @ Amanz

Dengan perkembangan positif untuk sistem operasi Tizen dari hari ke hari, semestinya ramai yang menantikan produk pertama untuknya. Kini, ia diketahui kamera digital daripada Samsung, iaitu NX300M merupakan kamera pertama yang menjalankan sistem operasi tersebut.

Kamera digital yang membawakan skrin sentuh bersaiz 3.31-inci, dilengkapi dengan sensor 20.3-megapixel APS-C, serta sokongan ISO 100-25,600 ini telah diperkenalkan pada bulan lepas. Kamera tersebut turut hadir dengan sokongan NFC, dan juga beberapa fungsi lain seperti WiFi dan sebagainya.

Samsung Tizen NX300M

Perkara ini dikongsikan oleh Samsung pada acara khas untuk pembangun Tizen yang diadakan di Korea Selatan hari ini.

Bercakap mengenai kelebihannya, kamera berasaskan Tizen ini dikatakan membawakan kepantasan boot lebih 2 kali ganda berbanding kamera berasaskan Linux yang lain. Selain itu, ia menjalankan Tizen Camera Platform, dan membolehkan rakaman sehingga 9 gambar dalam masa satu saat.

Kamera ini hanya ditawarkan di Korea Selatan sahaja buat masa ini, dan mungkin akan mula ditawarkan ke pasaran global tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd