Cari @ Amanz

Twitter sedia menguji beberapa rekabentuk yang berbeza untuk aplikasi Android mereka. Kini, ia dilihat pihak Twitter turut sama menguji rekabentuk web yang lebih kemas dan membawakan elemen FlatUI bersama-sama dengannya.

Twitter Web Baru

Twitter Web Baru

Secara kasarnya, boleh dikatakan rekaan untuk laman web masih lebih kurang sama, tetapi membawakan beberapa perubahan dari segi kedudukan menu dan rekaan ikon.

Daripada apa yang dipaparkan, kami agak tertarik dengannya berbanding dengan rekaan sedia ada yang boleh dikatakan telah digunakan untuk beberapa ketika.

Apa pun, seperti biasa ia hanya sekadar ujian yang melibatkan sejumlah pengguna yang kecil, dan tidak diketahui lagi sama ada akan diperkenalkan secara meluas ataupun sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd