Cari @ Amanz

Terdapat beberapa aplikasi menarik yang dihasilkan oleh pelajar tempatan, dan terkini salah satu permainan berbentuk pembelajaran yang diterbitkan di Google Play adalah Jawi Explorer.

Jawi Explorer – seperti pada namanya, memfokuskan kepada pembelajaran Jawi dalam kaedah interaktif.

Menggunakan aplikasi berbentuk permainan ini, pengguna diperlukan untuk mengawal seorang watak dalam mengumpulkan emas dan pada masa yang sama mengumpulkan kotak misteri. Setiap kotak misteri menyertakan sebuah huruf, dan selepas selesai semua kotak misteri, pengguna diperlukan untuk menyusun semua huruf menjadi satu perkataan.

Jawi Explorer

Jawi Explorer

Pandangan

Dari segi grafik, Jawi Explorer membawakan grafik dan antaramuka yang cantik, sekaligus menjadikannya mesra dengan pengguna muda dan kanak-kanak.

Namun, terdapat beberapa pepijat yang kami dapati ketika memainkannya, termasuk butang tetapan pada skrin utama yang tidak boleh diakses.

Disamping itu, semua kawalan yang memfokuskan kepada bahagian kiri, menjadikan kawalannya agak janggal, apatah lagi apabila tangan kanan jarang digunakan ketika memainkannya.

Permainan ini juga tidak bertukar ke bentuk landscape secara automatik, dan memerlukan pengguna untuk mengubah kedudukan skrin dalam menikmati pengalaman permainan yang baik. Kadar sesuatu perkataan itu diulang juga agak cepat berbanding kebiasaan.

Apa pun, bagi anda yang menggunakan peranti Android, anda boleh memuat-turun permainan Jawi Explorer ini secara percuma dari Google Play Store, sekaligus menyokong pelajar dan pembangun tempatan melaluinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd