READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Setiap tahun, pihak IBM akan mengeluarkan ramalan untuk lima tahun akan datang dalam dunia teknologi dan perkomputeran. Seperti biasa, untuk tahun ini, mereka turut menerbitkannya yang mana memfokuskan kepada beberapa perkara dalam terus membantu manusia dalam memudahkan tugasan.

Melalui perkongsian pihak IBM untuk tahun ini, lima perkara yang disentuh adalah pendidikan, peruncitan, kesihatan, sekuriti dan juga bandar.

Pendidikan – Pengajaran Diperibadikan

Dalam masa lima tahun, pihak IBM menyasarkan pembelajaran akan lebih dimudahkan dengan setiap pelajar boleh menerima pendidikan mengikut minat mereka, sekaligus membolehkan skill dan kepakaran dibangunkan berdasarkan kepada minat seseorang.

Pada masa yang sama, perkara ini juga dijangka akan memudahkan para cikgu untuk mengajar dengan lebih efektif berbanding pada hari ini.

Peruncitan – Jual Beli Di Kedai Diperibadikan

Pada hari ini, ramai yang membuat pembelian secara dalam-talian. Namun, dalam masa beberapa tahun lagi, perkara ini dijangka berubah, dan pengguna dijangka akan kembali membuat pembelian di kedai seperti sebelumnya.

Namun, ia akan berbeza, dimana setiap perkara akan diperibadikan dengan pelbagai teknologi seperti Augmented Reality dan sebagainya diintegrasikan termasuk penghantaran ke rumah pada hari yang sama.

Secara kasarnya, IBM menyasarkan yang mana jual-beli pada masa akan datang bakal mengintegrasikan pengalaman pembelian fizikal dan dalam-talian.

Kesihatan – DNA Digunakan Untuk Memastikan Anda Sihat

Dalam masa lima tahun, industri kesihatan dijangka teknologi akan memudahkan rawatan berasaskan kepada DNA, sekaligus membolehkan setiap penyakit termasuk kanser dirawat dengan lebih efektif berbanding hari ini.

Sekuriti – Setiap Identiti Akan Dilindungi Pelindung Digital

Pada hari ini, ramai yang menjadi mangsa sekuriti, dimana pelbagai identiti yang diceroboh dan disalah gunakan ramai pihak.

Dalam masa lima tahun akan datang, pihak IBM menyasarkan setiap pengguna akan dilindungi oleh “pelindung digital” tersendiri yang mana akan merangkumi identiti, peranti, aplikasi dan sebagainya.

Perbandaran Lebih Pintar

Sistem perbandaran dijangka akan menjadi lebih pintar dan mengikut apa yang diinginkan penduduk berbanding pada hari ini.

Menurut IBM, sistem perbandaran dijangka akan lebih efektif, dimana setiap perkara akan mengikut perkembangan dan permintaan pengguna. Setiap peranti yang digunakan pengguna juga akan memberikan pandangan berkaitan restoran, rancangan menarik, dan bagaimana untuk mengelak kesesakkan. Rakyat dan penduduk juga dijangka akan lebih mudah untuk berinteraksi dengan pentadbir melalui sistem baru kelak.

…….

Daripada pelbagai idea yang diperlihatkan oleh IBM, sesetengahnya boleh dikatakan telah mula diimplementasikan pada hari ini.

Kebanyakkan daripadanya turut memfokuskan kepada penggunaan teknologi perkomputeran awan dalam memahami kehendak dan minat pengguna – seterusnya memperibadikan sesuatu mengikut apa yang dikehendaki.

Jadi, bagi anda, apakah pendapat anda mengenai ramalan pihak IBM dalam arena teknologi untuk lima tahun akan datang ini?

Terdapat 16 komen
Komen Popular
  1. Bagi aku, kemajuan sesebuah negara tu terletak pada rakyat sendiri. Pasal kronism tu memang tak boleh lari kat Malaysia ni tapi kenapa kita perlu bergantung pada kerajaan sepenuhnya untuk R&D? Kenapa kita tak nak lakukan sendiri macam rakyat amurika buat sejak dari dulu lagi sehingga kini? Aku tengok rakyat depa banyak bangunkan produk tapi semua atas usaha sendiri tanpa perlu bantuan kerajaan pun.

  2. Setuju dengan “Taib Obama”.

    Nampaknya rakyat Malaysia masih lagi tak lari dengan “budaya subsidi”. Kalau di negara-negara luar, R&D tak perlu banyak nak libatkan wang kerajaan (selain defense programmes). Kebanyakannya dijalankan bersama industri, universiti dan badan-badan “think-tank”. I mean, dengan industri homegrown yang sofistikated, baru ada chance institut pengajian mereka untuk take part, hence making money together for further research. Mungkin aku berbunyi sedikit kapitalis, tapi percayalah bahawa R&D adalah resource-intensive. In this regard, wang adalah insentif yang terbaik.

    Malahan, dalam aspek tersebut, kita pun dah memulakan inisiatif yang serupa, walau kita hanya dilabelkan negara manufacturer (instead of innovator). Prognosis awal menunjukkan perkembangan kita di landasan yang betul, just give it some time and you’ll be surprised.

    Tak perlu menghentam mana-mana pihak secara semberono, kerana ia akan menampakkan lagi betapa kurang prihatinnya kita akan perkembangan R&D sebagai sebuah “industri” dalam negara kita.

    *Oh terlupa pula, kalau ada yang membantu dari segi kewangan untuk R&D ni, nanti ada pula yang menuduh ini semua pembaziran wang negara (walaupun jika ia datang dari poket corporations). Well, you can’t satisfy everybody on this country, of which can be good or bad*

Keseluruhan Komen
  1. Malangnya, Malaysia masih lagi tidak keruan dengan pelbagai masalah yang menekan kehidupan. Tol naik, Eletrik naik, Minyak naik. Macam mana kita hendak fokus kepada perkara yang Research & Development (R&D) seperti ini kalau asyik-asyik kroni je kena dapat duit dulu sebelum kita.

    #Tibahhh

    • Bagi aku, kemajuan sesebuah negara tu terletak pada rakyat sendiri. Pasal kronism tu memang tak boleh lari kat Malaysia ni tapi kenapa kita perlu bergantung pada kerajaan sepenuhnya untuk R&D? Kenapa kita tak nak lakukan sendiri macam rakyat amurika buat sejak dari dulu lagi sehingga kini? Aku tengok rakyat depa banyak bangunkan produk tapi semua atas usaha sendiri tanpa perlu bantuan kerajaan pun.

      • Setuju dengan “Taib Obama”.

        Nampaknya rakyat Malaysia masih lagi tak lari dengan “budaya subsidi”. Kalau di negara-negara luar, R&D tak perlu banyak nak libatkan wang kerajaan (selain defense programmes). Kebanyakannya dijalankan bersama industri, universiti dan badan-badan “think-tank”. I mean, dengan industri homegrown yang sofistikated, baru ada chance institut pengajian mereka untuk take part, hence making money together for further research. Mungkin aku berbunyi sedikit kapitalis, tapi percayalah bahawa R&D adalah resource-intensive. In this regard, wang adalah insentif yang terbaik.

        Malahan, dalam aspek tersebut, kita pun dah memulakan inisiatif yang serupa, walau kita hanya dilabelkan negara manufacturer (instead of innovator). Prognosis awal menunjukkan perkembangan kita di landasan yang betul, just give it some time and you’ll be surprised.

        Tak perlu menghentam mana-mana pihak secara semberono, kerana ia akan menampakkan lagi betapa kurang prihatinnya kita akan perkembangan R&D sebagai sebuah “industri” dalam negara kita.

        *Oh terlupa pula, kalau ada yang membantu dari segi kewangan untuk R&D ni, nanti ada pula yang menuduh ini semua pembaziran wang negara (walaupun jika ia datang dari poket corporations). Well, you can’t satisfy everybody on this country, of which can be good or bad*

      • Kronisme, sememangnya berlaku di setiap pembangunan sesebuah negara. Majoriti rakyat Malaysia sebenarnya tidak ambil tahu bagaimana pemberian tender dijalankan, tapi apa yang rakyat tahu ialah, bagaimana sesebuah syarikat yang diberikan tender tersebut menjalankan kerja mereka.

        Maksud saya disini ialah, mahu ambil kroni boleh, tapi ambil lah kroni yang betul-betul menjalankan tanggungjawabnya dan fully-utilize segala peruntukan yang diberikan. Ini tidak, sudahlah mengambil kroni menjalankan suatu projek, tapi hasilnya, itu runtuh, ini runtuh. Ini rakyat muak. Bahkan, bagaimana sebuah Hospital yang merupakan tempat paling selamat di dunia, tempat berlindung jika berlaku darurat, boleh berlakunya kecelakaan yang tidak diduga? Dan ia berlaku bukan sekali.

        Jika mahu buat perbandingan dengan Amerika, buatlah perbandingan penuh.
        Jangan cedok sedikit-sedikit, di Amerika, rakyat mereka mempunyai kuasa beli yang lebih besar, kelantangan suara mereka boleh didengari terus ke pihak atasan, dan aktiviti demokrasi berjalan dengan baik.

        Ini berbeza dengan Malaysia, kita disini seolah mencekup leher sendiri, mungkin ia over exaggeration, tapi ini lah hakikatnya.

        Belum pun cukup 5 bulan dari Mesyuarat Pembukaan Parlimen bagi Parlimen yang ke-13, kita sudah rasai pelbagai impak yang terus menerus memijak rakyat.

        Ramalan 5 tahun saya pula ialah, PRU14 akan berlaku, dan pada masa itu kita masih disogok dengan bantuan berjenama “1Malaysia” bagi melupakan apa yng telah berlaku 5 tahun kebelakang.

        • I beg to differ.

          Di USA, situasi kronisme dan juga lobbyisme jauh lebih teruk dari apa yang kita lihat di Malaysia. Lihat sahaja betapa Washington menjadi lokasi lobbyist berpusu-pusu seantero negaranya.

          I mean, aku tak rasa sesiapa di Amanz adalah terlalu naïf untuk menafikan bahawa melobi ini incurring kos yang terlalu tinggi berbanding projek nya. Belum apa-apa projek dijalankan, percentage telah diberikan kepada “lobbying machine”. Dan kalau sesebuah projek mahupun program dapat disertai, belum lagi kira dana yang perlu disalurkan ke “poket-poket lain”.

          Cuma bezanya, di Amerika, ia kelihatan “suci” kerana ia ditakrifkan sebagai “sponsor” mahupun “dana kempen”. Ia tidak ditakrifkan sebagai “rasuah”. Malah, untuk kempen pengundian Datuk Bandar di sana saja pun boleh dilihat budaya “sponsor” ni. Ianya legal di sana, walaupun sentiasa mewujudkan “conflict-of-interest”.

          .

          Versi non-TL;DR nya, benda2 macam ni wujud di seluruh dunia termasuk US sekalipun. Sogokan, conflict-of-interest, dsb, sama saja walaupun di negara maju sekalipun. Ambil contoh bagaimana industi tembakau dan pertanian (e.g. Monsanto) mempunyai hubungan kuat dengan Washington untuk sebarang legislation bersangkutan.

          Mereka bukan sahaja berkuasa dari segi mendapatkan projek, malah diberikan kelonggaran undang-undang yang khusus apabila perlu. Malahan, ada yang bergerak-gerak dari pentadbiran kerajaan ke corporation, and vice versa (digelar “revolving door”).

          Itu baru je aku ceritakan tentang lobbyist yang bekerja dengan kroni2. Belum lagi bukak kisah berkenaan “old money” dan “war-profiteers”. Still, itu tidak menghalang inovasi dan R&D di negara mereka bercambah pada skala institusi. Jadi itu bukan alasan wajar untuk menempelak mana-mana pihak.

        • Apapun, aku juga bersetuju dengan Marsha Dimes untuk ayat ini;

          “…mahu ambil kroni boleh, tapi ambil lah kroni yang betul-betul menjalankan tanggungjawabnya dan fully-utilize segala peruntukan yang diberikan…”

          But the problem is, untuk tender2 ni (even tender tertutup pun ada shortlist, berdasarkan kriteria dan track record, bukan boleh main-main select), kita berbalik kepada dilemma kos dan konsultansi.

          1. Dari segi kos, sesiapa yang in-charge di government untuk select kontraktor pun sebenarnya pening kepala nak pilih. Kalau ambil yang paling murah, dikhuatiri tak berkualiti. Kalau ambil yang terlalu mahal, entah-entah overpriced sangat.

          Ia seperti dilemma kita sendiri nak beli rumah yang belum bina. Manalah kita nak tau kualiti yang bagaimana end-result nya. Dalam masa yang sama, kita mempunyai budget-constrain sendiri.

          In short, shit happens. Mungkin ia adalah aspek yang perlu kerajaan kita perbaiki. Tapi sebagai individu, aku rasa ia adalah dilemma yang tiada jawapan mutlak.

          2. Konsultansi. Ambil contoh pembinaan-pembinaan pusat2 kesihatan mahupun stadium. Di sini, arkitek ditakrifkan sebagai “lead consultant”. Mereka yang biasanya design (atau ambil third party) untuk rekaan spesifik.

          Kadang-kadang dah buat ikut spec, atau at least “good enough”, tapi runtuh/kulat/dsb disebabkan specs yang diberi itu sendiri bermasalah/tidak sesuai.

          Ada juga kes yang mana appointed engineer/designer nya sendiri yang tersilap, dan bukannya lead consultant. Well, anything can happen.

          Untuk bab ni, susah nak pinpoint ianya salah kerajaan ke salah orang lain. In fact, yang pegang tender “stadium runtuh” yang popular tu pun orang PR juga. Jadi, aku anggap yang ia adalah kesalahan insani, bukan disebabkan faktor politik semata-mata.

          Apapun, tak perlu risau. Untuk projek-projek major, banyak yang underwritten oleh pihak insurans untuk cover perihal-perihal seperti ini. Sebab tu kalau nak buat projek besar, kena insured terlebih dahulu. Biar mereka yang pening, bukan kita.

          • diskusi terbaik pernah aku baca dalam amanz

            setuju dengan semua di atas

            1 – tak kiralah kronism atau bukan kronism | buat kerja dengan baik – pasti baik jadinya

            2 – Rakyat kita sendiri perlu buang tabiat subsidi nie – Berapa banyak rakyat malaysia yang sanggup bersengkang mata duduk mengadap komputer untuk mengKODkan sebuah rasPI sehingga dapat mengautomasikan sebuah rumah yang belum tentu ada profit di sebaliknya | berapa ramai yang sanggup keluar belanja sendiri untuk cipta inovasi dan rekaan mereka hanya pada akad “AKU SEORANG PENCIPTA” – dulu ada zultech ( ada lagi aku rasa ) berapa ramai yang macam dia ? | most final student yang buat project pun – cuma masih berkisar kepada projek “PLAY SAFE” whereby ianya tak radikal sangat sampai kena berkorban masa tengok wayang dengan awek sampai CLASH …
            3 – I am blaming the education system | yes the whole system termasuk, mentaliti cikgu, sistem pembelajaran, Ibubapa, pak menteri, cendekiawan ilmu dan kita sebagai rakyat yang cuma tengok saja
            a)cikgu cuma buat apa yang termaktub dalam sylibus
            b)sistem cuma ikkut apa yang cikgu, pakmenteri dan cendikiawan buat
            c)ibubapa pun – Mesuarat PIBG pun kekadang tak pergi ( walhal dalam mesuuarat ini la ibubapa boleh memerintahkan satu arahan VETO untuk sekolah COMPLY ikut standart yang ibubapa mahu ) yes.. i mean you, me in the future. Aktifkan diri anda dalam PIBG – yakinkan semua ibubapa bahawa – sekolah perlu ada sylibus baru berdasarkan creative thinking and inovation. berapa banyak anak anak di luar negara yang boleh mengKODKAN satu AAPS android/ios pada usia yang begitu muda ? berapa ramai anak2 kita dihidangkan dengan mainan LEGO MINDSTORM dan diberi challange weekly oleh parent untuk gauge achivement anak ?

            ** takyah la cite bab pak menteri – kang aku kena tangkap tapi korang faham la

            bagi pelajar di IPT, luaskan ilmu kamu – buanglah masa anda dengan belajar bahasa pengaturcaraan baru, buat challange pada diri sendiri setiap bulan satu AAPS mayB – Sesungguhnya kekayan dunia baru terletak kepada intelek seorang pengaturcara | ( sila tonton THE VERGE – SMALL EMPIRE untuk aspirasi ) – jangan bazirkan duit PTPTN anda dengan lepak joli minum starbuck – sebab akhirnya korang akan jadi KULI kerja penat2 macam aku nie sekarang – menyesal tak sudah

            ** jangan jadi seperti anjing menyalak gunung | cermin diri muhasabah sebaiknya – bak kata pakcik homeless depan sogo “jangan question apa yang negara dah bagi dekat kau .. tapi questionlah apayang ko dah bagi dekat negara”

            sekian tulisan sampah saya untuk pagi ini

  2. entri Amanz terbaik pada bulan ni,

    5-7 tahun lepas saya membiasakan dengan PDA & PDA phone yg bersaiz besar, bagi yg lain hairan dan pelik… tak macam sekarang, kadangkala rasa seronok bila ter’kehadapan

    • Dah lama kot ada punat sedemikian. Boleh kot gunakan either chipset Huawei atau Qualcomm Gobi sebagai platform nya. Heck, guna Arduino/RaspberryPie jauh lebih mudah. Tak payah buat research banyak2, just copy paste jer.

      As alternative, kalau ada laptop lama (tak berapa lama sangat la) yang ada PCMCIA slot juga mudah kerja. Tapi lagi senang kantoi kot guna produk off-the-shelf untuk final project :-)

      btw, depends on bidang apa projek ini anda mahu propose, better venture projek lain je. Nak kata “play safe” tu pun tak jugak. Ni dah kategori “malas” dah ni. But then, depends kepada bidang gak. Jika anda membuat projek sains untuk sekolah menengah, then good for you. Tapi kalau untuk projek engineering, c’mon lah.

    • Ambil mana-mana Broadband USB Stick, kemudian pasang ke USB female connector, pastikan female connector ini berada di dalam komponen PC dan tidak terlihat.

      Siap.

  3. amat menarik ramalan teknologi ni. mungkin negara maju akan capai dulu tahap macam ni, negara kita tak pasti capai dalam masa 5 tahun. mungkin ambil masa dan bergantung pada kemajuan negara rasanya. namapun negara kita negara dunia ketiga.
    pesakit barah mana yang tak nak baik dalam masa yang sangat singkatkan, suatu teknologi yang sangat effektif dan berguna.

    video bawah sekali tu macam ada gambar menara berkembar petronas, bangga jugak…heee

  4. “Dalam masa lima tahun akan datang, pihak IBM menyasarkan setiap pengguna akan dilindungi oleh “pelindung digital” tersendiri yang mana akan merangkumi identiti, peranti, aplikasi dan sebagainya…”

    Yang di atas tu rasanya mungkin agak lol.

    “Sistem perbandaran dijangka akan menjadi lebih pintar dan mengikut apa yang diinginkan penduduk berbanding pada hari ini.”

    Mmm…boleh dijadikan intro untuk dunia cyberpunk ala-Watchdogs nih.

  5. Ramalan aq untuk WP dalam masa lima tahun akan datang ialah WP akan memegang takhta no 1 dalam os marketshare mengatasi IOS dan nDroid….inilah realitinya…WP semakin garang mahu membununh IOS dan nDroid…

    • Ingat lagi beberapa tahu lepas dimana banyak syarikat mengelarkan produk mereka sebagai “iPhone killer”? Sekarang bandingkan dimana iPhone dan dimana “killer” mereka itu.

      Itu antara Android dan iOs, tetap iOs menjadi #1

      Dan sekarang apa pula? WP #1? Ini sungguh lucu. Lepasi dulu Android, baru boleh pasang impian utk menjadi pesaing iOs.

Komen

Nama
Web