Cari @ Amanz

Selain penawaran iPad Air, hari ini pihak Apple telah turut sama mengemaskini halaman Apple Store Malaysia, menyenaraikan iPad Mini Retina pada harga bermula RM1279 untuk pasaran Malaysia. Pilihan WiFi serta WiFi dan Selular disediakan dengan variasi saiz dari 16GB ke 128GB.

iPad Mini Retina

iPad Mini Retina merupakan generasi kedua untuk iPad bersaiz 7.9-inci, dan hadir dengan cip pemprosesan A7 64-bit dan juga sistem operasi iOS7.

Daripada apa yang diterbitkan Apple, iPad Mini Retina variasi WiFi 16GB dijual pada harga RM1279, 32GB pada harga RM1599, 64GB pada harga RM1929 dan juga 128GB pada harga RM2249.

Untuk versi selular pula, ia akan turut ditawarkan melalui Celcom, DiGi dan juga Maxis dimana versi 16GB dijual pada harga RM1699, 32GB pada harga RM2029, 64GB pada harga RM2349 dan juga 128GB pada harga RM2679.

iPad Mini Retina Malaysia

Apple Store Malaysia menyenaraikan ia boleh dihantar dalam tempoh 5 ke 7 hari dari tarikh tempahan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd