Cari @ Amanz

Pihak JoliCloud dengan fokus kepada perkhidmatan web mereka, hari ini memperkenalkan JoliCloud 2 yang mana membawakan beberapa perkara baru, dan direkabentuk khusus Chrome dan pelayar web moden yang lain.

JoliCloud 2 kini membawakan dua bahagian berbeza, iaitu Home dan juga Drive. Pada bahagian Home, ia menyertakan pelbagai kandungan daripada perkhidmatan web yang diintegrasikan ke JoliCloud.

JoliCloud

JoliCloud 2 turut sama menyertakan integrasi Feedly, membolehkan pengguna untuk mengikuti pelbagai berita dengan mudah melaluinya.

Untuk bahagian Drive pula, JoliCloud membolehkan pengguna mengakses pelbagai perkhidmatan storan seperti Google Drive, MediaFire, Dropbox, SkyDrive dan sebagainya pada satu halaman dengan mudah.

JoliCloud 2 masih mengekalkan antaramuka popular sistem operasi mereka – yang mana akan ditamatkan sokongan untuknya.

Bagi mereka yang berminat, boleh ke JoliCloud hari ini, dan menggunakan perkhidmatan tersebut dalam menguruskan pelbagai perkhidmatan dan akaun web pada satu halaman.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd