Cari @ Amanz

Selepas melalui fasa ujian beta beberapa minggu yang lepas, hari ini pembangun TeamViewer telah pun melancarkan versi akhirnya, membolehkan pengguna sedia ada untuk menaik-taraf perisian mereka ke TeamViewer 9.

TeamViewer 9 Beta

TeamViewer merupakan salah satu perisian yang menyediakan fungsi Remote Access untuk membolehkan pengguna untuk mengakses deskop mereka menggunakan sebarang komputer ataupun peranti mudah-alih, sekaligus memudahkan untuk membuat troubleshoot, ataupun beberapa tugasan walaupun tidak berada di hadapan komputer utama.

TeamViewer 9 menyertakan beberapa fungsi baru, termasuk salah satunya adalah Wake-On-LAN yang membolehkan anda mengaktifkan sesuatu komputer secara remote. Disamping itu, pemindahan data antara komputer juga kini lebih senang, serta hadir dengan sokongan sekuriti yang lebih baik – termasuk sokongan pengesahan dwi-faktor.

TeamViewer 9 ini turut dioptimasikan untuk Windows 8.1 dan juga OS X Mavericks yang dilancarkan baru-baru ini.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun dan mencuba sendiri perisian TeamViewer 9 ini pada komputer anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd