Cari @ Amanz

Google-NestGoogle hari ini telah mengumumkan pengambil-alihan sebuah lagi syarikat menarik dibawah portfolio mereka, iaitu Nest Labs. Google membayar sebanyak $3.2 bilion (~RM10.44 bilion) untuk pengambil-alihannya.

Bagi yang tidak mengenali Nest, ia memfokuskan kepada produk “rumah pintar”, seperti termostat dan juga penggera asap. Ia telah dilancarkan pada tahun 2011, dan sejak daripadanya ia telah menerima pelbagai maklumbalas positif daripada pengguna.

Walaupun dengan pengambil-alihan ini, Nest akan terus beroperasi seperti biasa dibawah jenamanya tersendiri (lebih kurang seperti YouTube dan Waze). Bagi anda yang masih ingat, pihak Google pernah mendemonstrasikan beberapa teknologi berkaitan “rumah pintar” melalui Android@Home pada tahun 2011 yang lepas. Mungkin dengan penyertaan Nest ke Google, kita akan terus dapat lihat perkembangan positif dalam pembangunannya dan sekaligus memperluaskan tawaran peranti dari Nest ke seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd