READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Setiap bulan, pihak Google mengemaskini statistik penggunaan Android, sekaligus memudahkan para pembangun untuk mengoptimasikan aplikasi mereka untuk pengguna majoriti.

Mengikut statistik penggunaan pertama yang dikeluarkan Google untuk tahun 2014 ini, ia dilihat penggunaan Jelly Bean terus meningkat dan kini secara keseluruhan meliputi 59.1% peranti di seluruh dunia.

Google Android Jan 2014

Pada masa yang sama, penggunaan Android 4.4 KitKat turut meningkat, dan kini berjumlah sebanyak 1.4% daripada peranti Android.

Penggunaan versi kedua terbesar masih dipegang oleh Gingerbread, iaitu 21.2% dan diikuti oleh Ice Cream Sandwich pada tempat ketiga dengan 16.9%.

Mungkin dalam bulan-bulan akan datang kita akan dapat melihat penggunaan KitKat terus meningkat, apatah lagi dengan beberapa pengeluar telah sedia menggunakannya pada peranti baru, disamping kemaskini untuknya yang bakal diperkenalkan untuk peranti sedia ada.

Terdapat 14 komen
Komen Popular
  1. habis tu ko nak duduk senyap2 je layan ui & function os lain yg simple dah bosan tuh ? GET A LIFE DUDE ! hidup ni perlu cuba benda baru..kalau x sampai bila pun xkan berjaya..kahkah

Keseluruhan Komen
  1. Sekarang pengeluar peranti Android lebih cepat mengeluarkan kemaskini untuk peranti android mereka, tidak hairanlah pengunaan Android Jellybean cepat berkembang.

    • tidak juga. peratusan jelly bean paling banyak sebab melebihi peratusan gingerbread. masih banyak device end dekat gingerbread. angka jelly bean meningkat dan banyak disebabkan oleh peranti baru kebanyakkan out of box jelly bean. bukan disebabkan kemaskini dari pengeluar.

      • Aku tak payah uppdate pun – sekarang masih berpuashati dengan Gingerbread sebab UI Android memang gempaq, asalkan boleh call/sms, dll. takde masalah

      • Itu salah satu faktor juga. Sekarang apa yang diperhatikan ramai penguna android sudah tahu bagaimana untuk meningkatkan jangka hayat peranti mereka dengan mengunakan kemaskini tidak rasmi. Jadi tidak perlu membeli peranti baru.

  2. samsung galaxy s gt-i9000
    cyanogenmod 11 android 4.4.2 nightly
    custom kernel semaphore 3.4

    jadi x perlu hardware latest janji OS up to date walaupun OEM dh lps tanggungjawab mereka…

  3. Nak guna 4.3 yang rasmi kat note 10.1 ni. Nampaknya tak akan tercapai la. Terpaksa setia dengan 4.1 je.

  4. Kelakar doe budak2 droid. Sikit2 nak flash custom roms. Sebulan sekali. Kesian doe.

    • habis tu ko nak duduk senyap2 je layan ui & function os lain yg simple dah bosan tuh ? GET A LIFE DUDE ! hidup ni perlu cuba benda baru..kalau x sampai bila pun xkan berjaya..kahkah

  5. API dah nak masuk 20 tapi Gingerbread API 10 pun masih pegang 20% penggunaan android. Hebat tak terkata.

Komen

Nama
Web