Cari @ Amanz

LG hari ini mengumumkan secara rasminya peranti-boleh-pakai mereka yang mana berupa sebuah penjejak kecergasan (fitness tracker), dinamakan sebagai LG Lifeband Touch.

LG Lifeband Touch ini dipakai pada tangan dan membolehkan pengguna untuk menjejak dan merekodkan beberapa aktiviti fizikal, termasuk langkah perjalanan yang diambil seseorang pengguna. Disamping itu, peranti ini juga memaparkan masa, informasi mengenai panggilan diterima dan memainkan muzik pada telefon anda menggunakannya.

LG Lifeband Touch

LG Lifeband Touch ini dikatakan serasi dengan peranti Android dan iOS, serta menggunakan Bluetooth 4.0 untuk dihubungkan. Peranti ini memerlukan aplikasi LG Fitness atau beberapa aplikasi lain untuk memindahkan data – termasuk antaranya RunKeeper, MyFitnessPal dan juga MapMyFitness.

Harga jualannya masih tidak diketahui buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd