Cari @ Amanz

Office OnlineMicrosoft semalam telah menjenamakan semula SkyDrive kepada OneDrive, dan beberapa desas-desus kini hadir mengatakan beberapa produk lain turut akan menerima penjenamaan baru, termasuk salah satunya adalah Office Web Apps.

Mengikut ura-ura terbaru ini, Office Web Apps dikatakan akan menggunkan nama Office Online, sementara aplikasi yang hadir bersama dengannya dijangka akan dinamakan sebagai Word Online, Excel Online, PowerPoint Online dn sebagainya.

Walaupun ia masih belum dapat dipastikan sepenuhnya buat masa ini, namun bagi kami, penjenamaan semula penggunaan nama Office Online, mahupun aplikasi Word Online dilihat akan memberikan lebih impak kepada pengguna. Ia juga akan memudahkan pengguna umum mengetahui akan kewujudan perkhidmatan atas-talian untuk penyuntingan dokumen, disamping memudahkan mereka mengingatinya berbanding hari ini.

Bagi anda, apakah pendapat anda berkenaan desas-desus terbaru ini? Adakah wajar pihak Microsoft menjenamakan semula ataupun kekal menggunkan nama sedia ada?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd