Cari @ Amanz

Firefox OS sedia digunakan pada beberapa telefon pintar, dan nampaknya pihak Mozilla mempunyai perancangan yang lebih besar untuk platform mereka tersebut. Pada CES 2014, ia dilihat Panasonic mengumumkan kerjasama dengan pihak Mozilla.

Menurut Panasonic, tiada platform lain yang terbuka seperti platform Firefox OS ini. Kerjasama dengan pihak Mozilla ini dikatakan bukan kerjasama eksklusif, tetapi Panasonic akan menjadi yang pertama mengeluarkan televisyen pintar berasaskan Firefox OS.

Selain daripada televisyen, platform HTML5 dan teknologi web ke PC, tablet dan sebagainya.

Mungkinkah kita akan dapat melihat perkembangan positif untuk platform FirefoxOS pada tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd