Cari @ Amanz

Steam sedia digunakan ramai pengguna tempatan dalam membeli pelbagai permainan video, dan sehingga kini ia hanya menyokong beberapa mata wang utama seperti Euro dan USD, membuatkan sesetengah pengguna kurang selesa dengannya.

Steam Currency

Namun, perkara tersebut dijangka akan berubah tidak lama lagi. Pada acara memfokuskan pembangun Steam, phak Valve dilihat berkongsi beberapa perancangan mereka untuk tahun 2014 ini, dan salah satunya adalah sokongan untuk mata wang baru, termasuk Malaysia.

Pengenalan penggunaan mata wang tempatan adalah salah satu perkara yang mungkin digemari ramai, memandangkan anda dapat memantau perbelanjaan dengan lebih baik, disamping pada masa yang sama mungkin kita akan dapat melihat harga tawaran yang lebih menarik melalui penggunaan mata wang tempatan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi tarikh rasmi pihak Steam akan memperkenalkan sokongan mata wang tempatan ini.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan sokongan mata wang tempatan di Steam?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd