Cari @ Amanz

Asus nampaknya terus menambah tawaran keluarga peranti PadFone mereka, dan hari ini telah mengumumkan Asus PadFone Infinity Lite yang mana akan dijual dalam masa beberapa bulan lagi.

 Asus PadFone Infinity Lite

Asus PadFone Infinity Lite dilihat sebagai gabungan hibrid tablet dan telefon pintar yang menyertakan spesifikasi pertengahan. Ia dijana menggunakan Snapdragon 600, memori 2GB RAM, dan telefon dengan skrin bersaiz 5-inci, serta bateri berkapasiti 2400mAh. Bahagian tablet pula dilihat membawakan skrin bersaiz 10-inci dengan bateri tambahan 5000mAh. Dari segi kamera, ia dilengkapi kamera belakang 13-megapixel.

Di Malaysia, dalam masa terdekat ini Asus dilihat akan menjual PadFone Mini yang mana merupakan gabungan tablet dan telefon pintar pada saiz tablet 7-inci. Ia tidak diketahui lagi sama ada Infinity Lite ini akan ditawarkan untuk pasaran global ataupun sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd