Cari @ Amanz

Bagi mereka yang menggunakan HyppTV model Huawei EC6106V5 STB (HiMedia Q2/Q3/Q4), mungkin sedia perasan akan mengenai ia menggunakan sistem berasaskan Android 4.0.3. Namun, terdapat beberapa kekangan yang yang membuatkan pengguna tidak boleh menggunakan aplikasi Android pada sistem berkenaan.

Ini kerana sistem tersebut telah mematikan sokongan untuk memasang aplikasi Android daripada sumber luar (melalui penggunaan APK yang dimuat-turun dari pelayar web).

Namun, seperti kebanyakkan sistem Android, kini salah seorang pembangun tempatan – Akif Rabbani (@akifrabbani) – yang mana telah menemui cara untuk mengatasi perkara tersebut dan memasang aplikasi Android pada HyppTV anda.

HyppTV Eksploit

HyppTV Eksploit

HyppTV Eksploit

Untuknya, sebuah fail sistem disediakan yang mana pengguna perlu melalui beberapa fasa untuk memasangnya. Seperti biasa, ia tidak digalakkan untuk memasang sekiranya anda ragu-ragu atau takut untuk mengambil risiko, apatah lagi sebarang kerosakkan tidak ditanggung.

Menurut pembangun tersebut, beliau telah menguji beberapa aplikasi dan bukan semuanya berjalan dengan lancar. YouTube dilihat dapat dijalankan tanpa masalah, sementara Spotify pula dilihat tidak berfungsi.

HyppTV Eksploit

HyppTV Eksploit

HyppTV Eksploit

Apa pun, perkara ini mungkin merupakan salah satu langkah awal, dan mungkin kita akan dapat melihat lebih perkembangan berkenaan ini dalam masa akan datang.

  • Info
  • Terima kasih kepada Akif Rabbani atas perkongsian info dan gambar.
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd