Cari @ Amanz

Dong Nguyen, pembangun permainan Flappy Bird telah mengalih keluar permainan popular tersebut dari Apple AppStore dan Google Play Store pada awal minggu ini. Perkara ini membuatkan ramai yang tertanya-tanya berkenaan apakah sebab disebaliknya.

Flappy Bird BlackBerry

Bercakap dengan Forbes, Dong Ngyuen mengatakan Flappy Bird direka untuk bermain hanya beberapa minit ketika anda berehat. Namun, sebaliknya ia menjadi salah satu permainan yang dimainkan berulang-kali sekaligus menjadikannya sebuah produk yang ketagih untuk dimainkan.

Dong Ngyuen mengatakan untuk mengatasi masalah tersebut, beliau telah menarik Flappy Bird, sekaligus membuatkan ia tidak lagi dapat dimuat-turun oleh pengguna baru.

Selain Flappy Bird, beberapa permainan lain yang turut ditawarkan Dong Nguyen untuk iOS adalah Super Ball Juggling dan juga Shuriken Block. Namun, sekiranya ramai pengguna turut ketagih untuk memainkannya, beliau tidak akan berkira-kira untuk membuangnya.

Dengan kejayaan Flappy Bird juga, ia dilihat Dong Nguyen lebih yakin, dan akan terus membangunkan permainan pada masa akan datang.

Pada hari ini, walaupun Flappy Bird telah dibuang daripada kedai aplikasi Google dan Apple, namun pelbagai jenis permainan yang serupa dengannya hadir – menawarkan cara permainan yang lebih kurang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd