Cari @ Amanz

Microsoft dilihat telah mula memperkenalkan SDK (Sofware Development Kit) Windows Phone 8.1 untuk para pembangun, dan seperti biasa, beberapa fungsi baru yang akan hadir pada kemaskini platform operasi tersebut diketahui satu demi satu.

Selain daripada Action Center yang dikatakan sebelum ini, pembangun yang telah mencuba SDK baru ini berkongsi mengatakan Windows Phone 8.1 membolehkan pengguna menetapkan aplikasi permesejan utama. Melaluinya, pengguna boleh memilih aplikasi permesejan utama mereka untuk menguruskan SMS dan MMS – berkemungkinan lebih kurang sama seperti apa yang diperkenalkan pada Android baru-baru ini.

Windows Phone 8.1

Selain itu, Microsoft turut dilihat menyertakan sebuah fungsi baru dinamakan “Battery Power Sense” untuk memantau penggunaan bateri, selain mana menyertakan sokongan VPN.

Beberapa perubahan lain yang dikenal-pasti adalah termasuk penjenamaan SkyDrive kepada OneDrive, dan aplikasi berasingan untuk muzik dan juga video.

Microsoft dijangka akan memperkenalkan versi pembangunan awal Windows Phone 8.1 pada bulan April kelak, dan mungkin kita akan mendengar lebih banyak mengenai fungsi-fungsi yang tertiris pada hari-hari akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd