Cari @ Amanz

Lanjutan pengenalan kemaskini Android 4.3 untuk peranti Xperia sebelum ini, kini dilihat pihak Sony turut membawakan beberapa kemaskini tambahan untuk para pengguna Xperia Z1 dan juga Xperia Z1 Ultra.

Xperia Z1 Update

Kemaskini yang dilabelkan sebagai 14.2.A.1.136 ini ditawarkan melalui Sony PC Companion buat masa ini, dan mungkin akan ditawarkan melalui OTA tidak lama lagi.

Antara kemaskini yang dibawakan, termasuklah penambah-baikkan pada sokongan WiFi, emel, penstriman muzik melalui Bluetooth, dan juga kemaskini pada bahagian paparan.

Bagi pengguna Xperia Z1 dan Z Ultra, anda mungkin boleh menyemak kemaskini ini dengan menghubungkan peranti anda ke Sony PC Companion hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd