Cari @ Amanz

LG telah memperkenalkan telefon pintar G2 mereka pada tahun lepas yang mana membawakan rekaan telefon pintar dengan butang fizikal pada bahagian belakang dibawah kamera. Kini, untuk acara MWC 2014 yang akan diadakan pada penghujung bulan Februari ini, LG dilihat akan memperkenalkan peranti variasi Mini untuknya.

LG G2 Mini

Untuk memberi petanda berkenaan dengannya, LG telah memuat-naik sebuah gambar khas di laman Facebook mereka, dengan menyertakan ayat ” Experience The Mini”.

Pada gambar tersebut, LG memperlihatkan sebuah telefon pintar bersaiz mini dengan rekaan belakang yang sama seperti LG G2 sebelum ini. Dari segi spesifikasi, ia tidak diketahui sama ada akan membawakan spesifikasi sama atuapun berbeza.

LG G2 masih belum dilancarkan secara rasmi di Malaysia buat masa ini, dan ia tidak diketahui lagi sekiranya LG G2 Mini diumumkan, ia akan mengambil berapa lama sebelum hadir ke Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd