Cari @ Amanz

Selain daripada pengumuman CEO baru untuk Microsoft, hari ini dilihat pihak Microsoft turut membuat pelaburan strategik pada laman sosial geolokasi popular, FourSquare. Nilai yang dikatakan adalah $15 juta (~RM49.88 juta).

Selain pelaburan, pihak Microsoft dilihat turut bekerjasama dari segi pelesenan komersial untuk menggunakan data FourSquare pada produk mereka, terutamanya pada Windows Phone dan juga Bing.

FourSquare walaupun boleh dikatakan agak jarang digunakan ramai pada masa kini, namun ia mempunyai jumlah data geolokasi yang amat baik – apatah lagi ia dihantar sendiri oleh penggunanya. Disamping itu, pelbagai tips yang dikongsikan pengguna juga amat membantu, sekaligus menambah lagi nilai syarikat dan perkhidmatan tersebut.

Pelesenan data kepada Microsoft juga mungkin akan menjadi titik tolak baru untuk FourSquare dalam mendapatkan lebih ramai rakan kerjasama, sekaligus menjana pendapatan melaluinya.

Pelaburan pada syarikat sosial bukan sesuatu yang baru untuk Microsoft, dimana sebelum ini pada tahun 2007 mereka pernah membuat pelaburan di laman sosial Facebook.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd