Cari @ Amanz

Google mempunyai Google Glass dan mengikut beberapa sumber tertiris Samsung akan mengeluarkan Galaxy Glass mereka pada masa terdekat. Umum kita ketahui 2014 ialah tahun dimana peranti boleh-pakai dikatakan bakal meledak di pasaran. Pada CES yang lalu hampir kesemua pengeluar peranti dan alatan sukan mempunyai perancangan menghasilkan peranti boleh-pakai mereka tahun ini. Sebuah syarikat yang masih berahsia tentang strategi peranti boleh-pakai mereka ialah Apple. Kita masih belum melihat prototaip iWatch yang dinanti-nantikan apakan pula “Google Glass” edisi mereka.

Neurocam-headset-automatically-records-interesting-moments_dezeen_ss_2

Neurocam, ciptaan Professor Mitsukura dari Keio University ialah peranti yang paling hampir kepada sebuah Google Glass untuk pemilik iPhone. Set kepala ini mengesan gelombang otak pemakai dan apabila ia mengesan otak anda terangsang ia akan mengambil video sepanjang 5 saat untuk anda. Terdapat tempat untuk meletakkan sebuah iPhone pada set kepala ini dan sistem prisma yang mengubah kamera utama iphone untuk merakam video. Video ini kemudian boleh dimuat naik ke laman sosial pilihan anda.

Menurut Professor Mitsukura, Neurocam dicipta bagi menguji konsep kamera masa hadapan yang berinteraksi dengan pengguna melalui pengesanan gelombang otak.

Neurocam-headset-automatically-records-interesting-moments_dezeen_3 Neurocam-headset-automatically-records-interesting-moments_dezeen_1

Sumber Dezeen

 

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd