Cari @ Amanz

Sering kali ramai penerbit lagu mengatakan mengenai kerugian disebabkan lanun cetak rompak dan sebagainya. Dalam memberikan idea mengenai menjalankan syarikat penerbitan sendiri, kini sebuah permainan hadir untuk Android dan iOS, dinamakan Music Inc.

Melalui Music Inc, pemain akan menjalankan sebuah syarikat penerbitan lagu, dan perlu mendapatkan artis, menerbitkan lagu, menjaga artis, mempromosi artis dan sebagainya.

Pada masa yang sama, pemain juga perlu memastikan syarikat mereka menjana keuntungan, dan mengelak daripada mengalami kerugian disebabkan oleh kadar cetak rompak dan sebagainya.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan idea secara rambang bagaimana syarikat muzik beroperasi, mungkin boleh memuat-turun dan memainkan permainan ini pada peranti mudah-alih anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd