Cari @ Amanz

Samsung hari ini secara rasminya mengumumkan jam tangan pintar generasi baru mereka, iaitu Samsung Gear 2 dan juga Samsung Gear 2 Neo. Kedua-duanya tidak lagi menggunakan platform Android seperti Galaxy Gear, tetapi sebaliknya menjalankan sistem operasi berasaskan Tizen.

Samsung Gear 2

Samsung Gear 2 dan juga Gear 2 Neo – kedua-duanya menggunakan skrin bersaiz 1.63-inci Super AMOLED, cip pemprosesan 1Ghz dwi-teras, sokongan kecergasan seperti sensor memantau degupan jantung, pedometer, memantau aktiviti kecergasan, dan memantau ketika anda tidur.

Samsung Gear 2 Neo

Kedua-dua jam tangan ini turut dilengkapi dengan sokongan IR-LED Sensor untuk menggunakannya sebagai alat kawalan untuk WatchOn.

Beberapa fungsi lain seperti panggilan Bluetooth, S-Voice, dan sebagainya turut disertakan.

Membezakan kedua-duanya, Gear 2 menyertakan kamera 2 megapixel, sebaliknya Gear 2 Neo tidak menyertakannya.

Kedua-dua jam tangan juga turut menyertakan sokongan kalis air dan habuk, serta membolehkan penggunaan biasa sehingga 2-3 hari.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd