Cari @ Amanz

Dalam usaha untuk terus menyelarikan sistem operasi perkomputeran Windows dan juga Windows Phone 8.1, ia dilihat pihak Microsoft akan turut menyertakan pilihan saiz tiles bersaiz besar yang sedia terdapat pada Windows.

Windows Phone 8.1

Sebelum ini, Microsoft telah memperkenalkan sokongan saiz tiles tambahan pada Windows Phone 8. Baru-baru ini, kita sedia melihat phablet Windows Phone diperkenalkan, dan pengenalan tiles bersaiz besar ini bakal membawakan paparan yang lebih cantik dan kemas untuk pengguna peranti dengan skrin besar.

Pengenalan saiz tiles tambahan ini akan menjadi salah satu fungsi baru pada Windows Phone 8.1, selain daripada beberapa perkara lain termasuk pengenalan Action Center.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd