Cari @ Amanz

Pada minggu lepas, kita sedia melihat beberapa fungsi baru pada Windows Phone 8.1 yang tertiris ke arena web, hasil daripada perkongsian pembangun melalui Windows Phone 8.1 SDK. Kini, beberapa desas-desus lanjutan berkenaan sistem operasi mudah-alih daripada Microsoft turut kedengaran.

Ia dikatakan yang mana Microsoft akan berkongsi dengan versi pembangunan untuk sistem operasi berkenaan bersama-sama pembangun pada bulan April kelak. Perkara ini sekaligus akan membolehkan pembangun bersedia dengan aplikasi mereka apabila versi akhir sistem operasi berkenaan diperkenalkan kepada umum.

Windows Phone 8.1

Mengikut desas-desus yang sama, Microsoft dikatakan akan memperkenalkan Windows Phone 8.1 kepada umum sekitar bulan Julai atau Ogos kelak.
Daripada apa yang diketahui, peranti yang sedia menggunakan Windows Phone 8 dijangka akan menerima kemaskini tersebut, selain pihak Microsoft dan rakan kerjasama mereka yang akan memperkenalkan beberapa peranti baru ketika pelancarannya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd