Cari @ Amanz

Pada tahun ini, Samsung dikatakan akan melancarkan peranti Galaxy Tab genarasi baru iaitu Galaxy Tab 4 selepas memperkenalkan siri Galaxy Tab 3 pada pertengahan tahun lepas. Kini, gambar awal Galaxy Tab 4 untuk model 7-inci telah tertiris ke arena web.

Galaxy Tab 4

Dikongsikan melalui laman Twitter @evleaks, Samsung Galaxy Tab 4 7.0 bakal membawakan rekabentuk yang lebih nipis berbanding Galaxy Tab 3 selain membawakan rekaan ikonik seperti Samsung Galaxy Note 3. Ia dikatakan turut hadir dalam dua warna awal ketika pelancaran rasmi kelak iaitu pilihan warna putih dan hitam.

Samsung telah memperkenalkan Galaxy Tab 3 7.0 pada akhir April 2013 dan dikatakan mungkin kita dapat melihat Samsung Galaxy Tab 4 7.0 ini dilancarkan dalam masa suku kedua tahun ini.

Namun begitu, tiada sebarang maklumat berkaitan dengan spesifikasi didedahkan dan harga untuknya juga masih tidak diketahui setakat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd